Latarbelakang Central Sugar Refinery (CSR)

Central Sugars Refinery adalah merupakan syarikat perkilangan gula dan produk-produk yang berhubungan dengannya. Syarikat ini telah dikorporatkan pada tahun 1983 untuk mengambilalih aset-aset perkilangan gula daripada Central Sugars Berhad. CSR mengimpot gula mentah dari Australia, Brazil, Guatemala, Afrika Selatan, Swaziland, dan Thailand bagi memproses gula kepada gula putih untuk pasaran tempatan dan luar negeri.Syarikat mempunyai 350 tenaga kerja. Kilang menjana sendiri keperluan tenaganya dan mempunyai kilang air Reverse Osmosis (RO). CSR menghasilkan gula sebanyak 1500mT/hari. Memperolehi sijil-sijil antarabangsa (ISO) seperti ISO 14001, HACCP, OHSAS, Halal dan Kosher. Produk yang dihasilkan adalah amat selamat digunakan.